Konsep POV (point of view) ertinya video menunjukkan pandang mata seseorang
Konsep SLIDE SHOW ertinya video yang tidak mempunyai seseorang bercakap
Konsep TALKING HEAD pula adalah video yang mempunyai seseorang bercakap
Cari idea melalui laman web www.AskThePublic.com. Gunakan trial. Pastikan lakukan screenshot selepas melakukan carian keyword industri/bidang anda.
Cari idea menggunakan TikTok. Klik button “Discover” dan lakukan search industri/bidang anda. Klik pada menu “Hashtags” untuk mendapat lebih banyak carian yang kena mengena dengan industri anda.
Cari idea menggunakan YouTube. Search bidang anda, dan klik pada Filter > View Count. Ini akan memberi idea-idea topik yang menarik minat orang ramai.
“Reverse engineering” bererti, melihat topik yang menarik perhatian orang ramai, dan hasilkan content berdasarkan idea tersebut.
Dapatkan idea dan inspirasi dari konten orang lain, dan olahkan dengan cara penyampaian dan style anda sendiri.
Cara menghasilkan content tanpa diri bercakap, adalah menggunakan kaedah SLIDE SHOW.
Gunakan video-video anda sendiri, atau dapatkan dari “stock video sites” sama ada berbayar atau percuma. Contoh laman stock video percuma adalah Pexels.com (boleh juga gunakan app Pexels)
Cari klip-klip video yang kena mengena dengan isi content anda di Pexels. Cari video yang terbaik dan yang mempunyai visual yang menarik. Contoh yang ditunjukkan oleh IK adalah untuk content “3 Perkara Pelik di Dubai”
Tip: Bahagian awal (beberapa saat pertama) video anda perlu menarik perhatian. Pastikan video pertama mempunyai sesuatu yang menangkap perhatian penonton.
Masukkan klip-klip video yang didownload ke dalam CapCut untuk edit. Buka klip-klip video mengikut turutan akan memudahkan edit.
Pilih format akhir video yang ingin dihasilkan. 9:16 adalah potrait, manakala 16:9 adalah landscape. Sekiranya klip video berbeza format, anda boleh ubahkan size video dengan cara besarkan klip tersebut.
Edit klip-klip video – cut & delete, sepertimana yang diajar dalam class #2
Masukkan TEXT ke dalam video anda. Anda boleh memilih design dan warna font supaya nampak menarik.
Tip: Sertakan soalan dalam video. Ini akan menggalakkan engagement. Dan engagement akan meningkatkan views.
Masukkan juga music ke dalam clip video anda sepertimana yang diajar dalam class #2
Export video apabila telah selesai edit.
ASSIGNMENT ANDA:
Hasilkan video SLIDE SHOW berdasarkan industri/bidang anda!
Kemudian, kongsikan di group hasil kerja anda untuk mendapat feedback rakan-rakan lain!