Kelas #3 - Nota Kelas & Assignment
  1. Gunakan video yang telah di edit dari kelas yang lepas.

  2. Untuk masukkan audio, gunakan button “Audio” di dalam CapCut.

  3. CapCut mempunyai library audio yang copyright-free. Boleh digunakan di mana-mana sahaja.

  4. Menggunakan muzik di dalam library TikTok ianya copyright untuk TikTok sahaja, tak semesti mempunyai copyright bila diletakkan di Instagram atau Facebook.

  5. Boleh dapatkan muzik dilaman web seperti soundcloud, envato, epidemic sound atau Google sahaja “Copyright free music”

  6. Cari muzik yang sesuai dengan klip yang dihasilkan di dalam music library CapCut. 

  7. Video yang dipilih akan menjadi “sound wave” di video.

  8. Cuba fikirkan rentak dan beat muzik dan sync kan pada pertukaran scene. Tak semestinya setiap kali lakukan cara ini. Ini hanyalah satu ‘style’ yang sering digunakan dalam video yang lebih professional.

  9. Sound wave juga boleh di cut/potong dan delete bahagian yang kita tak mahu. Sama seperti video.

  10. Boleh cuba gunakan “fade out” untuk rendahkan volume music di hujung clip jika perlu.

  11. Music sebagai latarbelakang (bila voice over adalah bunyi utama) kebiasannya tidak menjadi isu copyright. 

  12. IK menggunakan clip-on mic untuk mendapatkan rakaman voice over yang lebih baik. Anda juga boleh menggunakan mic pada earphones.

  13. Untuk voice over, sebaiknya tulis skrip terlebih dahulu. Dalam tutorial ini, IK tidak menulis skrip.

  14. Rakaman voice over boleh dilakukan mengikut bahagian.  Tak perlu lancar keseluruhannya. Seperti edit video, kita juga boleh edit sound wave dengan cara yang sama – cut/potong dan buang apa yang tidak mahu.

  15. Selepas voice over, masih boleh masukkan music sebagai background sound. Jangan lupa turunkan volume supaya bunyi suara tak tenggelam.

ASSIGNMENT ANDA:

Kongsikan pendapat anda apa yang disampaikan oleh IK di group! Apakah tip yang telah membantu anda dalam kelas kali ini?

Masukkan audio ke dalam klip yang anda telah siapkan. Sama ada music, atau voice over. 

Kongsikan di group hasil kerja anda untuk di komen. Have fun!