CLASS 1: Pengenalan Copywriting bersama Irfan Khairi
KHAMIS 13 OKTOBER 2022, 9:00 malam – 10:00 malam
Sesi LIVE bersama Irfan Khairi kongsikan ‘birds-eye-view’ Creator Class Copywriting. Di sesi pertama ini, IK akan kongsikan filosofinya dalam bidang penulisan untuk menjual. Beliau akan kongsikan apakah kunci dalam menghasilkan penulisan copywriting yang efektif. Di kelas pertama juga, IK akan kongsikan modul-modul yang akan dipelajari sepanjang program ini
Asas copywriting adalah dalam menghasilkan HEADLINE yang terbaik dan menarik. Iaitu tajuk utama sesuatu penulisan. Sama ada untuk laman web, video, media sosial, artikel, iklan, brochure, leaflet, poster dan sebagainya. Headline berfungsi untuk menarik peminat pembaca. Headline yang lemah akan mengakibatkan apa sahaja yang anda tulis tidak dibaca. IK akan kongsikan teknik “Hook & Bait” dalam menarik perhatian pembaca (atau penonton) dalam masa 5 saat pertama!
Pernah tak anda menghasilkan iklan, tidak kira di Facebook, di media sosial, ataupun di leaflet dan brochure? Tetapi iklan anda tidak efektif dan hanya merugikan wang ringgit anda sahaja kerana tidak ramai yang tertarik dengan iklan anda! Ini kerana iklan anda tidak menggunakan formula copywriting pengiklanan yang efektif. Semua orang boleh letak iklan, asalkan ada duit boleh sahaja letak iklan. Tapi tak semua tahu cara menghasilkan iklan yang dapat menarik perhatian orang ramai dan ubahkan menjadi pembeli!
Tidak dinafikan, penulisan akan dapat meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang content creator. Sama ada menulis untuk media sosial, blog atau menulis skrip yang terbaik untuk video. Dari segi perniagaan pula, kredibiliti memberi kepercayaan dan keyakinan kepada prospek untuk membeli dari anda! Dengan menguasai teknik menulis content yang terbaik, anda akan dapat meningkatkan jualan perniagaan anda.
Tujuan laman web adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda secara automatik. Dalam perniagaan internet, anda tak perlu mempunyai jurujual. Anda hanya perlu laman web yang melakukan jualan untuk anda. Dan caranya adalah dengan menghasilkan penulisan jualan yang dapat mengubahkan prospek kepada pembeli.
IK akan kongsikan formula “rahsia” yang digunakan oleh top copywriters, dan dirinya sendiri dalam menghasilkan penulisan jualan yang dapat memahami psikologi pembaca dan menarik emosi prospek menjadi PEMBELI. Kaedah ini dapat meningkatkan jualan perniagaan anda berkali ganda!
Alang-alang kini anda dah tahu menulis artikel ringkas, apa kata upgradekan ilmu anda dan juga target anda dan hasilkan sebuah produk informasi – iaitu EBOOK atau BUKU! Produk informasi adalah produk yang paling laris di internet (lebih laris dari produk fizikal dan perkhidmatan). Bukan itu sahaja, jika ianya format ebook, keuntungan adalah 100%, menjadikan perniagaan yang paling tinggi margin keuntungannya! Jika anda jual ebook anda pada harga RM40, untung anda adalah Rm40!
Dalam kelas terakhir ini IK akan kongsikan kaedah menulis ebook atau buku bestseller dalam masa 60 hari.
*Anda juga akan mendapat akses rakaman setiap satu modul di atas untuk rujukan anda sampai bila-bila!
Hak Cipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn Bhd (Malaysia) & Expert Ignite (Dubai) 2022. Copy Class c3