Pendaftaran IK Creator Class akan tutup dalam masa...
Hari
Jam
Minit
Saat

“Cara Mudah Menulis IKLAN, MEDIA SOSIAL, LAMAN WEB, SKRIP VIDEO yang boleh mendapatkan (convert) LEBIH RAMAI PELANGGAN!

Klik play video di bawah untuk pesanan dari saya!

Mengapa ramai tak beli dari anda?

Bukan kerana marketing. Tetapi kerana anda tidak dapat CLOSE kan prospek / pelanggan anda melalui penulisan.

Kelas virtual ini adalah terbaik untuk anda yang...

  • Ingin tahu cara ubahkan prospek menjadi pelanggan di internet supaya anda dapat LEBIH RAMAI PELANGGAN
  • Ingin tahu cara menghasilkan penulisan iklan yang lebih efektif supaya anda TIDAK RUGI LAGI letakkan iklan
  • Ingin pelajari cara menulis yang boleh “pujuk” orang untuk membeli DENGAN LEBIH PANTAS
  • Ingin fahami psikologi tulisan untuk menarik emosi pembeli dari MELIHAT kepada MEMBELI
  • Ingin pelajari cara menulis di media sosial, yang mendapat REACH TINGGI serta boleh CONVERT PELANGGAN
  • Ingin tahu cara menghasilkan skrip untuk video ataupun sesi live supaya dapat menjual – TANPA MENJUAL! (Orang tak perasan pun anda sedang menjual!)
  • Ingin tahu cara mendapat IDEA-IDEA yang lebih baik untuk PENULISAN MENJUAL
  • Mahu belajar teknik penulisan penjualan walaupun TAK PANDAI MENULIS
Jika anda ingin tahu bagaimana caranya menggunakan penulisan atau copywriting yang terbaik untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan, kelas ini adalah untuk anda.
 

Pelajari kaedah "menulis untuk menjual" (Copywriting)

Assalamualaikum!

Salam dari Dubai,

Marketing tanpa copywriting yang efektif adalah TAK LENGKAP.

Semua orang boleh buat Facebook ads, tetapi ramai yang rugi kerana penulisan pengiklanan (copywriting) tidak efektif. Ramai yang updatekan media sosial, tetapi engagement dan reach rendah kerana penulisan di media sosial (copywriting) tidak menarik perhatian orang. Begitu juga dalam menghasilkan laman web jualan atau video. Bila apa yang ingin disampaikan tidak dapat mengubahkan prospek kepada pembeli, semua marketing dan pengiklanan adalah sia-sia sahaja.

Copywriting atau tulisan untuk menjual adalah satu skil yang sangat penting untuk usahawan dan bakal usahawan. Skil ini menentukan orang membeli ataupun tidak.

Cuba bandingkan…

Anda usaha sedaya upaya melakukan marketing, dan 100 orang “dengar dan tahu” tentang perniagaan anda di media sosial. Daripada 100 itu, 2 orang membeli dari anda.

Namun, dengan usaha yang sama dalam marketing,dan 100 orang “dengar dan tahu” tentang perniagaan anda di media sosial. Daripada 100 itu, 20 orang yang membeli dari anda.

Apakah yang membezakan 2 orang beli atau 20 orang beli? Padahal usaha sama sahaja.

Jawapannya adalah copywriting. Copywriting yang menentukan orang beli ataupun tidak. Bukan marketing.

Begitu juga dengan pengiklanan. Jika anda letakkan iklan tetapi menggunakan cara penulisan (copywriting) yang lemah, TIADA YANG MEMBELI. Tetapi jika anda letakkan iklan menggunakan cara penulisan (copywriting ) yang efektif, maka RAMAI YANG MEMBELI.

Anda nampak tak kepentingan copywriting?

Copywriting adalah skil menulis untuk menjual. Skil menulis untuk memujuk orang membeli. Satu skil yang boleh dipelajari dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Dan skil ini adalah sangat berharga lebih-lebih lagi di zaman internet kini di mana penulisan (di media sosial dan laman web) dan percakapan (melalui video) yang menentukan sama ada orang beli dari anda, atau beli dari pesaing.

Pada bulan ini, saya akan kendalikan sebuah kelas virtual BARU, bagi anda yang ingin pelajari skil copywriting secara terus dari saya. Anda akan pelajari dari ASAS hingga ke lebih ADVANCE bagaimana caranya menulis untuk menjual. Saya akan tunjuk anda formula menulis copywriting dengan lebih mudah dan pantas yang digunakan oleh top-top copywriters di dunia!

Program online ini akan bermula pada hari Khamis, 13 Oktober 2022 jam 9 malam (LIVE bersama saya).

Ada rezeki, saya dapat menjadi mentor anda untuk menghasilkan copywriting untuk perniagaan anda yang terbaik!

Dubai, UAE

PS: Adakah kelas sebegini akan diadakan lagi di masa akan datang? Saya pun tak tahu oleh kerana jadual saya yang sangat padat di Dubai!

Kenali Irfan Khairi

Irfan Khairi, pengasas OpenEducation di bawah Irfan Khairi Sdn Bhd telah menempa nama di Malaysia dan dikenali sebagai “jutawan Internet” oleh pihak media bermula 2005. Seorang speaker profesional, penulis dan juga personaliti TV dan radio, dan kini – INFLUENCER! 

Irfan Khairi telah melahirkan beribu-ribu usahawan Internet yang berjaya di Malaysia dan juga luar negara melalui program-program yang dikendalikannya. Bermula 2016, Irfan Khairi juga telah menubuhkan IK Institute of Business dan Expert Ignite (agensi sosial media) di Dubai, UAE untuk mengembangkan sayap perniagaannya mencapai negara-negara Islam seluruh dunia.

Beliau juga dianugerahkan, anugerah berprestij, Malaysia Top Achievers Award 2019, Leadership Excellence in Online Marketing.

Irfan Khairi mempunyai gabungan followers di media sosial yang paling ramai di antara speakers, trainers, dan mentor perniagaan lain di Malaysia dengan jumlah lebih 3.6 juta followers di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok. Beliau juga, adalah penerima Silver Creator Award dari YouTube.

 

Pengalaman Irfan Khairi dalam bidang penulisan

Pengalaman Irfan Khairi dalam bidang penulisan telah mejangkau lebih 15 tahun. Antaranya termasuk:

  • Telah menulis 7 buah buku BEST SELLER termasuk, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (2006), Secrets of Internet Millionaires Revealed (2007), Nota Jutawan Motivasi (2010), Nota Jutawan Perniagaan (2012), Nota Jutawan Kewangan (2014), Nota Jutawan Perniagaan Online (2016), Take Note! (2018)
  • Telah menulis 5 buah ebook termasuk Mentor Jutawan (2008), Laporan X (2010), 8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman Auf (2019), 7 Teladan Perniagaan Khadijah Khuwailid (2020), 9 dari 10 (2022 – edisi kemas kini)
  • Mantan penulis kolum 6 majalah termasuk Majalah Maskulin (Karangkraf), Majalah Nur (Karangkraf), Dewan Ekonomi (Karangkraf), Akhbar Kosmo (NST), Majalah Solusi (Telaga Biru)
  • Telah menulis lebih dari 2,000 artikel di blog dan Facebook sejak 2006.
  • Telah menghasilkan beratus skrip untuk video-videonya yang sering menjadi viral!
 

Pelajari kaedah menulis untuk menjual dari pakar yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang penulisan.

Module Creator Class Copywriting - bersama Irfan Khairi!

Terdapat 6 kelas di mana 5 adalah pembelajaran melalui akses video, manakala, kelas pertama adalah secara LIVE bersama IRFAN KHAIRI bermula hari Khamis 13 Oktober, jam 9:00 malam.

CLASS 1: [ LIVE ] Pengenalan Copywriting bersama Irfan Khairi (KELAS PERTAMA)
LIVE: KHAMIS 13 OKTOBER 2022 | 9:00 malam - 10:00 malam

Sesi LIVE bersama Irfan Khairi kongsikan ‘birds-eye-view’ Creator Class Copywriting. Di sesi pertama ini, IK akan kongsikan filosofinya dalam bidang penulisan untuk menjual. Beliau akan kongsikan apakah kunci dalam menghasilkan penulisan copywriting yang efektif. Di kelas pertama juga, IK akan kongsikan modul-modul yang akan dipelajari sepanjang program ini. 

CLASS 2: Menghasilkan headline (tajuk) yang MANTAP!

Asas copywriting adalah dalam menghasilkan HEADLINE yang terbaik dan menarik. Iaitu tajuk utama sesuatu penulisan. Sama ada untuk laman web, video, media sosial, artikel, iklan, brochure, leaflet, poster dan sebagainya. Headline berfungsi untuk menarik peminat pembaca. Headline yang lemah akan mengakibatkan apa sahaja yang anda tulis tidak dibaca. IK akan kongsikan teknik “Hook & Bait” dalam menarik perhatian pembaca (atau penonton) dalam masa 5 saat pertama!

CLASS 3: Cara menulis IKLAN YANG EFEKTIF!

Pernah tak anda menghasilkan iklan, tidak kira di Facebook, di media sosial, ataupun di leaflet dan brochure? Tetapi iklan anda tidak efektif dan hanya merugikan wang ringgit anda sahaja kerana tidak ramai yang tertarik dengan iklan anda! Ini kerana iklan anda tidak menggunakan formula copywriting pengiklanan yang efektif yang dikenali sebagai A-I-D-A. Semua orang boleh letak iklan, asalkan ada duit boleh sahaja letak iklan. Tapi tak semua tahu cara menghasilkan iklan yang dapat menarik perhatian orang ramai dan ubahkan menjadi pembeli!

CLASS 4: Cara menulis ARTIKEL dan SKRIP VIDEO yang dapat memberi kredibiliti kepada PERNIAGAAN ANDA!

Tidak dinafikan, penulisan akan dapat meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang content creator. Sama ada menulis untuk media sosial, blog atau menulis skrip yang terbaik untuk video. Dari segi perniagaan pula, kredibiliti memberi kepercayaan dan keyakinan kepada prospek untuk membeli dari anda! Dengan menguasai teknik menulis content yang terbaik, anda akan dapat meningkatkan jualan perniagaan anda.

CLASS 5: Cara menghasilkan COPYWRITING untuk laman web yang pantas MENJUAL!

Tujuan laman web adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda secara automatik. Dalam perniagaan internet, anda tak perlu mempunyai jurujual. Anda hanya perlu laman web yang melakukan jualan untuk anda. Dan caranya adalah dengan menghasilkan penulisan jualan yang dapat mengubahkan prospek kepada pembeli.
IK akan kongsikan formula “rahsia” yang digunakan oleh top copywriters, dan dirinya sendiri dalam menghasilkan penulisan jualan yang dapat memahami psikologi pembaca dan menarik emosi prospek menjadi PEMBELI. Kaedah ini dapat meningkatkan jualan perniagaan anda berkali ganda!  

CLASS 6: Cara menulis EBOOK atau BUKU - bestseller dalam masa 60 hari!

Alang-alang kini anda dah tahu menulis artikel ringkas, apa kata upgradekan ilmu anda dan juga target anda dan hasilkan sebuah produk informasi – iaitu EBOOK atau BUKU! Produk informasi adalah produk yang paling laris di internet (lebih laris dari produk fizikal dan perkhidmatan). Bukan itu sahaja, jika ianya format ebook, keuntungan adalah 100%, menjadikan perniagaan yang paling tinggi margin keuntungannya! Jika anda jual ebook anda pada harga RM40, untung anda adalah Rm40!
Dalam kelas terakhir ini IK akan kongsikan kaedah menulis ebook atau buku bestseller dalam masa 60 hari. 
Psst… anda tahu tak IK menulis ebooknya “9 dari 10” sebanyak 250 muka surat dalam masa 2 minggu sahaja? Ada caranya!

PEMBERIAN PERCUMA BERNILAI RM197!

Ebook Bestseller Irfan Khairi
“9 dari 10: KISAH BENAR – Dari SOLOprenuer ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur”

Buku biografi kisah benar “9/10: dari SOLOPRENEUR ke ENTREPRENEUR menjadi GLOBALPRENEUR”, mengandungi berpuluh-puluh strategi bagaimana cara IK memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan dan membawa perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi pada modal yang minima.

Strategi yang terkandung dalam buku ini adalah kumpulan strategi IK gunakan dan amalkan sejak 20 tahun yang lalu untuk dalam menjana rezeki 9/10 dari perniagaan. Klik di sini untuk maklumat lanjut pemberian percuma yang bernilai RM197 ini.

Rumusan program IK Creator Class Copywriting:

Yuran untuk program ini adalah RM650 RM350 (potongan RM300!)
Ini adalah peluang terakhir untuk mendapatkan yuran RM350. Yuran program ini akan dinaikkan ke RM650 selepas pengambilan kali ini.

Hubungi

Pejabat:
03-77292277

Whatsapp / Call:
011-61387096 (En. Amirul)

Media Sosial

Kuala Lumpur

Unit 19-2, 19-3 & 19-3A
Oval Damansara
Jalan Damansara
60000 Kuala Lumpur

Dubai

Marina Plaza
Al Marsa Street
Dubai Marina
Dubai, UAE

Hak Cipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn Bhd (Malaysia) & Expert Ignite  (Dubai) 2022