Dengan ilmu yang anda pelajari dari kelas-kelas yang lepas, and ajuga boleh menghasilkan vlog anda sendiri.
Oleh kerana vlog adalah lebih panjang dibandingkan dengan video-video yang telah dihasilkan sebelum ini, IK akan menggunakan desktop untuk edit dan software lebih profesional, Adobe Premiere Pro
Guna kan 3 Act Narrative untuk vlog – cerita keseluruhan. Tetapi boleh juga mempunyai beberapa 3- Act Narrative yang lebih kecil dalam cerita.
Shot yang pertama – fikirkan Bait & Hook untuk menarik perhatian penonton. IK akan gunakan pergerakan dan aksi tiba bilik, membuka blinds dan pasang laptop sebagai Bait & Hook.
Perkenalkan matlamat vlog di bahagian awal supaya penonton tahu arah vlog tersebut.
Pilihan anda untuk menghasilkan skrip dan perancangan atau, seperti IK dalam video ini tidak menggunakan skrip dan plan.
Ambil beberapa B-Rolls iaitu klip-klip pendek yang kongsikan kawasan dan keadaan sekeliling untuk diselitkan dalam video utama (A-Roll).
Lakukan shooting talking head, tetapi jika ada salah dan silap, IK akan teruskan sahaja oleh kerana boleh lakukan edit dan “jump cut” ketika proses edit nanti.
IK mengambil beberapa klip tambahan supaya mempunyai ruang untuk lakukan voice-over jika perlu. Voice-over juga boleh digunakan pada B-rolls.
Lokasi #1: Dubai Marina
IK mengambil e-scooternya adalah contoh pembahagian 3 Act Narrative yang lebih kecil dalam keseluruhan perjalanan vlog.
Lokasi #2: Cayan Tower
Lokasi #3: Pantai
IK juga akan struggle mencari idea Act 3 (bila tidak merancang). Tetapi Act 3 adalah sangat penting untuk sempurnakan sesuatu perceritaan.
Adakalanya perlu menunggu masa yang terbaik untuk mengambil video. Seperti IK inginkan terowong kosong (tiada orang) suapaya dapat shot menolak scooter berseorangan.
Bersambung dalam kelas yang akan datang- Class 8: Nak Jadi Vlogger? (PART 2: Editing)
ASSIGNMENT ANDA:
Tiada assignment kali ini. Siapkan assignment-assignment lepas 🙂
Kemudian, kongsikan di group hasil kerja anda untuk mendapat feedback rakan-rakan lain!