Kelas #6 - Nota Kelas & Assignment

1. Jika malu untuk tunjukkan muka anda untuk content, gunakan SLIDESHOW seperti yang dikongsikan dalam kelas yang lepas.

2. Bagi mereka yang ingin mencuba bercakap dan memaparkan diri dalam video, hasilkan video jenis TALKING HEAD.

3. Untuk memudahkan cara penghasilan TALKING HEAD, anda boleh gunakan Teleprompter. Ini dapat meningkatkan keyakinan anda untuk menghasilkan Talking Head.

4. Ada banyak Teleprompter App percuma. IK menggunakan “Selvi” untuk Android dan “Teleprompter” untuk iPhone.

5. Masukkan skrip anda ke dalam Teleprompter App.

6. Ubah saiz dan juga kelajuan teks di teleprompter mengikut kesesuaian cara anda bercakap.

7. Cuba bercakap mengikut skrip anda di teleprompter. Baca sahaja untuk membiasakan diri anda.

8. Cuba lagi menggunakan pergerakan mata, kepala, tangan (body language) dan juga ubah nada suara supaya tidak nampak kaku dan seperti membaca.

9. Lakukan rakaman. Walaupun tersalah, ulang sahaja. Tak perlu hentikan rakaman.

10. Edit di CapCut. Cut dan Delete bahagian yang tersilap supaya nampak lancar. Gunakan teknik jump cut.

11. Satu teknik supaya “jump cut” tidak kelihatan jelas, adalah dengan cara enlarge sesetengah clip, umpama camera sedang Zoom in/Close up shot.

ASSIGNMENT ANDA:

Hasilkan video TALKING HEAD!

Kemudian, kongsikan di group hasil kerja anda untuk mendapat feedback rakan-rakan lain!