Kelas #2 - Nota Kelas & Assignment
  1. Gunakan 3 act narrative dalam video untuk menggalakkan orang menonton video dari awal hingga akhir.

  2. Algorithm media sosial memberi keutaman pada video-video yang ditonton sehingga akhir – ini akan memberikan lebih banyak views.

  3. Jagan takut untuk be spontaneous. Idea ada di mana-mana sahaja.

  4. Sebelum era digital, video edit dilakukan secara manual. Editor akan potong film strip menggunakan gunting dan buang bahagian yang tidak mahu. Bahagian yang baik akan dicantumkan menggunakan selotape!

  5. Konsep yang sama digunakan dalam app dan software era digital kini!

  6. IK hanya menggunakan smartphone lamanya tahun 2019 – Huawei P30 untuk tujuan tutorial ini. Alat tidak penting. Yang penting adalah content/isi.

  7. Untuk mudah mendapat idea, anda perlu lebih kerap latihkan diri mencari idea selalu. Mula dengan apa sahaja yang anda nampak di keliling anda.

  8. Sekadar contoh, IK melihat coffee maker, dan mendapat idea hasilkan video proses membuat coffee. Apabila melihat kasut, IK mendapat idea hasilkan video memakai kasut dan keluar dari bilik. Dan idea yang dipilih untuk tutorial adalah mengambil buku, dan mencari quote dalam buku itu.

    Shooting:

  9. Fikirkan beberapa shot dan ubah angle untuk perkenalkan isi video (ACT 1)
  10. Ketika proses shooting, mungkin akan mendapat idea baru. Embrace it!
  11. Gunakan tripod jika perlu, untuk shot yang lebih stable.
  12. ACT 2 adalah mengambil buku, setelah ACT 1 memperkenalkan video.
  13. Adakalanya perlu ulang shoot beberapa kali untuk mendapat shot yang terbaik.
  14. Ambil 2-3 shot untuk mendapat beberapa pilihan ketika edit.
  15. Fikirkan beberapa jenis shot. Gerakkan phone lebih dekat dengan subjek untuk mendapat “close up” shot.
  16. ACT 3 IK menulis di buku nota “Let’s Focus”. Walaupun tidak dirancang, ini adalah idea tambahan yang IK dapat ketika shoot. Embrace new ideas!
  17. Keseluruhannya, IK menghasilkan 15 video clip. Tak semestinya anda ambil 15 video. 5-10 video clip juga memadai.
  18. IK edit menggunakan app CapCut. Sebuah app percuma.
  19. Import kesemua video clip ke CapCut mengikut turutan. Keseluruhan semua 15 video clip adalah 6 minit 24 saat.
  20. Edit > Split untuk potong, dan Delete bahagian yang tak mahu. Ulang ini sehingga siap. Ini adalah asas untuk menghasilkan video yang lengkap.
  21. Fikirkan flow video anda supaya nampak lancar.
  22. IK memilih clip yang terbaik dari beberapa yang diambil. Sebab inilah IK mengambil beberapa shot – untuk pilihan.
  23. Jangan takut buang/delete bahagian yang tak menjadi.
  24. Style IK adalah tidak mahu membazirkan masa penonton dan editnya adalah pantas. Tidak semestinya anda menggunakan cara ini.
  25. Tip: Potong bahagian terdapat pergerakan masuk frame atau keluar frame. Ini menjadikan cut anda lebih interesting bila terdapat pergerakan (seperti apabila buku atau tangan masuk/keluar frame).
  26. Tonton dan preview video beberapa kali dan fine tune/perbaiki jika perlu. Ketika preview kali ke-dua dan ke-tiga, IK ternampak bahagian yang terlepas pandang untuk edit.
  27. Video 6 minit 24 saat, selepas edit pertama menjadi 40 saat. Selepas preview, menjadi 32 saat.
  28. Selepas edit, export file menjadi MP4 format untuk media sosial.

ASSIGNMENT ANDA:

Kongsikan pendapat anda apa yang disampaikan oleh IK di group!

Kemudian, giliran anda pula untuk hasilkan video singkat (kurang 1 minit) menggunakan 3 part narrative dan edit menggunakan CapCut. Cari idea secara spontan dari apa sahaja yang ada di keliling anda.

Kongsikan di group hasil kerja anda untuk di komen. Have fun!