LEARNING HUB

Bincang di Facebook Group

CLASS 1: Pengenalan Creator Class bersama Irfan Khairi
KHAMIS 21 JULAI 2022, 9:00 malam – 10:00 malam

Sesi bersama Irfan Khairi kongsikan ‘birds-eye-view’ Creator Class. Di sesi pertama ini, IK akan kongsikan filosofinya dalam menghasilkan video-video yang menarik dan viral. Juga akan kongsikan tentang peralatan, app dan software yang akan digunakan sepanjang program ini. Jangan lepaskan kelas pertama ini!

Progres 10%
Akses dibuka Jumaat 22 Julai 2022
CLASS 2: Jom belajar ASAS dulu!

Seperti membina bangunan, asas (foundation) adalah sangat penting. Begitu juga dengan menghasilkan video yang menarik. Jom kita belajar asas mengambil video, dan edit video khusus bagi anda di tahap permulaan. Kelas teori & tutorialz

Progres 20%
Akses dibuka Ahad 24 Julai 2022
CLASS 3: Selain visual, audio pun penting juga...

Memperkenalkan audio dan music untuk melengkapkan lagi video anda. Sebenarnya audio adalah elemen yang sangat penting dalam video. Mungkin juga audio adalah lebih penting dari visual! Kelas teori & tutorial 

Progres 30%
Akses dibuka Rabu 27 Julai 2022
CLASS 4: Menghasilkan video informasi TANPA perlu diri anda bercakap

Nak hasilkan video tapi malu untuk bercakap? Jangan risau, ada caranya dan anda akan pelajari dalam modul kali ini. Kelas teori & tutorial

Progres 40%
SESI LIVE PADA JUMAAT 29 JULAI | 9:00 malam - 10:00 malam
CLASS 5: Cara hasilkan video yang VIRAL!

Irfan Khairi  akan kongsikan strategi dan teknik yang digunakannya untuk menghasilkan lebih 200 video-video viral! Dan anda pun boleh TIRU cara ini.

Progres 50%
Akses dibuka Isnin Ogos 1 2022
CLASS 6: Menghasilkan video informasi ANDA YANG BERCAKAP (jangan takut - ada cara mudah!)

Anda ingin menghasilkan video ‘talking head’? – video sepertimana influencer sering lakukan – bercakap dihadapan kamera. Jika anda ingin mempelajari caranya, dalam modul ini IK akan kongsikan cara yang paling mudah yang akan menjadikan anda seperti seorang influencer yang lancar di hadapan camera! Kelas teori & tutorial

Progres 60%
Akses dibuka Khamis 4 Ogos 2022
CLASS 7: Nak jadi vlogger? (PART 1: Shooting)

Anda berminat nak hasilkan content video yang berterusan? Berminat nak hasilkan “show” anda sendiri?  Memang tak mustahil lagi oleh kerana kini, anda telah mempunyai semua skil yang diperlukan untuk jadi seorang vlogger! 

Irfan Khairi akan bawa anda melakukan shooting video untuk vlognya dan anda boleh melihat dan belajar dari langkah pertama mencari idea,  menghasilkan satu storytelling, sehingga edit video dan lengkapkan satu episod vlog untuk YouTube channelnya. Kelas teori & tutorial

Progres 70%
Akses dibuka Sabtu 6 Ogos 2022
CLASS 8: Nak jadi vlogger? (PART 2: Editing)

Shooting dah pun selesai untuk vlog! Kali ini Irfan Khairi akan bawa anda kembali ke studio dan tunjukkan pada anda prosesnya melakukan edit dari awal hingga akhir vlognya. Seperti anda melihat behind-the-scenes sebuah hasil video bermula dari kosong! Kelas teori & tutorial

Progres 90%
Akses dibuka Selasa 9 Ogos 2022
CLASS 9: Cara BUAT DUIT dengan video!

Alang-alang kini anda sudah ada skil menghasilkan video, Irfan Khairi akan kongsikan cara buat duit menggunakan pengetahuan anda ini! Kelas teori & tutorial 

Progres 100%

*Anda juga akan mendapat akses rakaman setiap satu modul di atas untuk rujukan anda sampai bila-bila!

Hak Cipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn Bhd (Malaysia) & Expert Ignite  (Dubai) 2022. Class v7